Hi korang,
Today, I nak share ilmiah sikitlah tentang aloe vera. Okkay first of all, korang tahu tak nama lain aloe vera ialah pokok lidah buaya. Haaa, yang selalu mak kita tanam belakang rumah, dalam pasu itu. Terdapat banyak kelebihan aloe vera ini baik dari segi kesihatan, perubatan sampailah kecantikan.
Sejarah zaman dahulu kala di katakan Alexender The Great telah menawan sebuah kepulauan Africa demi memastikan dia mempunyai bekalan aleo vera yang cukup untuk merawat tenteranya yang tercedera ketika berperang. Nampak tak, betapa I nak highlight kan yang aleo vera ini memang bagus untuk kita.
KHASIAT ALOE VERA
1. MERAWAT LUKA
Aloe vera terbukti berkesan dalam membantu mempercepatkan proses pertumbuhan semula kulit selepas kecederaan seperti luka dan kulit terbakar. Lepas ini, bila kena sunburn ke luka kecil ke bolehlah terus jee zazz apply aloe vera ini yee.
2. MENJADIKAN KULIT LEBIH SIHAT
Ini memang tak dinafikan lah, aloe vera ini boleh mengurangkan gejala penuaan dan boleh mengatasi maslah kulit berminyak. Serious!! Sebab I pon mengalami masalah yang serupa jugak. Actually, dalam aloe vera ini ada asid salisilik yang jadi agen menghalang penghasilan minyak berlebihan. Jangan korang anggap kulit berminyak boleh skip pakai moisturize yee, ini boleh trigger kulit kita hasilkan lebih banyak minyak.
3. MENJADIKAN RAMBUT LEBIH SIHAT
Aloe vera dipercayai berkesan menangani masalah kelemumur dan melegakan gatal gatal kulit kepala. So, dah boleh dah babai laju laju dekat kelemumur yang menghantui korang siang dan malam ini. Hihi. Aloe vera juga menggalakkan pertumbuhan rambut secara semula jadi. Vitamin A, C dan E yang ada dalam aloe vera ini membantu merawat masalah keguguran rambut yang serious.
MY VERDICT
Banyak lagi selain daripada ini, cuma ini yang i nak highlightkan berdasarkan apa yang I dah pernah berekperimentasikan. cewahh. Tapi, korang kena ingat jugak, kesan pada setiap orang itu berbeza yaa.
0 comments