youtube instagram google facebook twitter
  • Home
  • Health
  • Beauty
  • Life Style
    • Review
    • Outdoor
    • Travel
    • Recipe
  • DIY
  • Disclaimer
  • Sitemap

mochallatte




Hi uolls. Ini bukan train to Busan ya anak-anak. Ini train to Kluang. hahaha. Honestly, kitaorang memang dah plan lama dah nak travel acah acah macam cerita tourist itu. Duduk dalam train, tengok permandangan dekat luar itu, tapi disebabkan kekangan yang ada makanya train ke Kluang je la yang mampu. A daytrip lah kiranya. Bulan September kan terkenal dengan cuti yang banyak kan, kami pick 9 September 2019 sebab semua orang cuti time itu. Trip kali ini kami pergi dengan Aunty Ain and Thirah plus si comel cenonet YasminElena.






Pagi itu, kami sampai awal, pukul 10 pagi, excited punya pasal. Okkayy, hampir terlupa. Dekat situ ade parking lot. Boleh park kereta di situ and ianya free but, parking itu limited space and dia bukan jalan tar ya korang, permukaannya batu batu kecil itu. Sampai jee kami terus beli ticket. 


TICKET PRICE

ADULT : RM12
      KID : RM10



Hal ticket dah settle, kami pon breakfast dekat area situ. Isi perut sebelum meneruskan perjalanan kami. Kami breakfast di NASI LEMAK WAK KENTUT. Apa yang menariknya menu utama dia memang nasi lemak. Sambal dia pedas. Berapi jugak lah bila makan itu. Tapi sedap. Memang best. Recomended. 





ITINARY TRAIN KE KLUANG

DATE : 9 September 2019
ETD : 11.00AM
(Delayed pukul 11.15am baru kami set off, duration time sampai sana dalam 1hrs macam itu)


Train yang di tunggu tunggu telah tiba.


DESTINATION

1. Kluang railway coffee

Tempat yang memang most of people akan pergi bila sampai sini. Kira macam signature Kluang memang wajib pekena coffee ini. Tak lengkap if tak minum coffee dekat sini lah. Turun jee station memang beratur panjang nak minum dekat sini. Untuk pengetahuan korang, Kluang railway coffee ini ada dua cawangan yee. Satu di tepi station ini dan satu lagi di Taman Tasik. Disebabkan terlampau ramai orang, kami pergi cawangan di Tasik Tasik. Kami ke sini naik grab jee. 






2. Kluang Parade

Orang kata perempuan if berjalan tak lengkap if tak singgah ke mall. Melawat kawasan gittew. Hahaha. sampai terus mencari surau. Di sini surau di bahagian atas. Mudah nak cari.


3. Laman kreatif

Petang itu hujan renyai renyai. Jadi kami tak berkesempatan nak pergi sini. Sedih tahu sedih. Terus masing masing tanam tekad nak repeat lagi sebab nak pergi sini. 


4. Waiting train balik ke Kulai (ETD: 5.30PM)

As a reminder, korang beli ticket ini dinasihatkan beli return ticket sekali yee terutamanya time public holiday bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini yeee. Jangan jadi macam kami. confident jee tak nak beli ticket sebab fikir memang akan ada jee. Ku sangkakan panas sehingga petang rupanya hujan di tengah hari. Dah la memang hujan tengah hari itu. Lepas itu kami survey ticket bus. Tapi at last adik iolls datang rescue kami. Hahaha. So, moral story dia sediakanlah payung sebelum hujan. kalau tak jadilah macam kami. Memanglah kami taubat tak nak buat last minutes lagi macam ini. 

Last but not least, ini vlog kami sepanjang daytrip kami. 

VLOG DAYTRIP

The End. Daytrip kali ini. 



Wednesday, September 11, 2019 No comments


Holla, 

Okkay, korang perasan tak sekarang ini macam wabak unicorn ini dah menjelajah satu Malaysia dah ini dan tak semena-mena dengan iolls sekali terjebak join running ini. So, bersempena awal muharam, 1 September 2019 yang lepas kami gagahkan diri meredah jem di pagi hari demi menyertai running ini. Wow, dramatik sangat. Hahaha. Actually kan, the only main reason joined this run adalah medal dia cute subhanaAllah. Yee. korang tak percaya. Nahh. cuba tengokk. 



ini medal dia. comel kan?


Asbab kedua nak gathering dengan kawan yang dah lama tak jumpa. geng badminton yang macam dah terkubur itu. hahaha. okkayy. Tiket penyertaan dia amatlah murah dan berpatutun. Disebabkan antara yang terawal dapat lah early bird itu haa. RM28 jee hari itu. Tapi ini 5km jee lah yee. fun run. 



Pada hari kejadian, ya tuhan, memang ramai yaa amat. bayangkan 10,000 runner dekat situ. mau tak padat daripada yang secomel comel tidak pakai tutu itu. ada yg pakai unicorn maskot. pari pari pon ade. ohh yee. Nak bergambar dengan dorang tapi dorang mcm ramai sangat peminat asyik kena serbu. jadi kteorg pon malas lah nak beratur. 



Overall, misi kteorang tercapailah. Running semata nak dapat medal itu. haha. Misi sebenar tengah countdown SCKLM2019 end of this month. Macam tak sabar lah event itu nnti. Ohh yee. before terlupa, korang yang nak duduk area Johor Bahru itu if nak join unicorn run ini pon  boleh. Dorang ada open register dekat Desa Tebrau. Cuma register di jomrun itu. 

more info : https://www.jomrun.com/event/desa-tebrau-unicorn-5km-fun-run

Goodluck guys!!





Wednesday, September 04, 2019 1 comments



Hi korang, 



Today, I nak share ilmiah sikitlah tentang aloe vera. Okkay first of all, korang tahu tak nama lain aloe vera ialah pokok lidah buaya. Haaa, yang selalu mak kita tanam belakang rumah, dalam pasu itu. Terdapat banyak kelebihan aloe vera ini baik dari segi kesihatan, perubatan sampailah kecantikan. 

Sejarah zaman dahulu kala di katakan Alexender The Great telah menawan sebuah kepulauan Africa demi memastikan dia mempunyai bekalan aleo vera yang cukup untuk merawat tenteranya yang tercedera ketika berperang. Nampak tak, betapa I nak highlight kan yang aleo vera ini memang bagus untuk kita. 




KHASIAT ALOE VERA

1. MERAWAT  LUKA 

Aloe vera terbukti berkesan dalam membantu mempercepatkan proses pertumbuhan semula kulit selepas kecederaan seperti luka dan kulit terbakar. Lepas ini, bila kena sunburn ke luka kecil ke bolehlah terus jee zazz apply aloe vera ini yee. 



2. MENJADIKAN KULIT LEBIH SIHAT

Ini memang tak dinafikan lah, aloe vera ini boleh mengurangkan gejala penuaan dan boleh mengatasi maslah kulit berminyak. Serious!! Sebab I pon mengalami masalah yang serupa jugak. Actually, dalam aloe vera ini ada asid salisilik yang jadi agen menghalang penghasilan minyak berlebihan. Jangan korang anggap kulit berminyak boleh skip pakai moisturize yee, ini boleh trigger kulit kita hasilkan lebih banyak minyak. 


3. MENJADIKAN RAMBUT LEBIH SIHAT


Aloe vera dipercayai berkesan menangani masalah kelemumur dan melegakan gatal gatal kulit kepala. So, dah boleh dah babai laju laju dekat kelemumur yang menghantui korang siang dan malam ini. Hihi. Aloe vera juga menggalakkan pertumbuhan rambut secara semula jadi. Vitamin A, C dan E yang ada dalam aloe vera ini membantu merawat masalah keguguran rambut yang serious.


MY VERDICT

Banyak lagi selain daripada ini, cuma ini yang i nak highlightkan berdasarkan apa yang I dah pernah berekperimentasikan. cewahh. Tapi, korang kena ingat jugak, kesan pada setiap orang itu berbeza yaa.
Wednesday, August 28, 2019 No comments


Hi korang, 

Last week kan, sebabkan teringin sangat lah nak naik Gunung Pulai, Johor itu kiteorang pon gagahkan diri hiking ke sana. Acah acah nak bakar lemak lah, ye la balance lemak makan lemang rendang daging raya hari itu tak habis lagi kan. Hihi. Lepas itu, sebab nak join SCKLM so kenalah training sikit sikit kang tak larat pulak nnti. Okkay, here we go.


MENDAKI GUNUNG PULAI,JOHOR








Lama dah kteorg plan nak pergi ini tapi asyik tertangguh tangguh jee. Ye lah, kte hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Hihi. Jenguh jugak nak cari info gunung pulai ini. 

Nak sampai sini takde lah susah sangat. Korang boleh waze jee Gunung Pulai, Johor. InshaAllah tak sesat. Ketinggian gunung ini 654 meter dari paras laut dan terdapat dua trek untuk ke sana. Satu trek dekat iaitu melalui jalan hutan dan satu lagi trek jauh iaitu melalu jalan tar. Kami pilih nak melalui jalan tar. 

Sebelum masuk ke Gunung Pulai ini korang akan jumpa kaunter bayaran masuk. Kiranya bayaran parking lah. If korang datang lambat macam kteorang ini memang siap sedia lah agak jauh jugak kena park. So, next time datang awal lah yee untuk mengelak daripada kena park jauh sangat. Haha. Oh ya. kadar bayarannya seperti ini yaa.

KERETA : RM3
MOTORSIKAL : RM1
BAS/LORI : RM6



Ini entrance masuk sebelum pendakian yee korang. Dulu orang kata pintu tepi itu tutup alhamdullillah masa kami datang terbuka luar macam welcome kteorang. ecece. Mula mendaki itu tak de lah dahsyat sangat. Masih landai. Santai jeee. Disebabkan jalan bertar kan, kita akan selalu berselisih dengan pelbagai peringkat umur daripada yang kecil sampai yang dah uncle uncle pon masih larat lagi tau. 




Bila korang dah jumpa di persimpangan ini, maksudnya korang dah 2000m dah ini. Okkay kat sini if korang ke kiri korang akan menuju ke air terjun, if ke kanan korang akan menuju ke puncak. 





Kami pon meneruskan pendakian kami. Mostly uncle aunty dekat sini memang peramah, supportive lah and paling best dorang ini memang akan tegur sapa lah dengan kita. Tetapi kan, bukan saja itu jee yang peramah, kat sini pon ade jugak monyet monyet tau. So jangan lah tayang tayang makanan itu kang kene kejar dengan cik monyet. Hahaha. 




Okkayy, bila korang dah jumpa  selekoh macam ini kan dah boleh senyum jugak lah. Itu tandanya korang dah nak sampai ke puncak kejayaan. Cewah. Sikit lagi jee nak sampai. Akan tetapi, cabaran dia lagi hebat perjalanan dia even jalan tar. Come on. Korang boleh.





Tadaaaa!! Dah sampai pon. Ini lah kawasan permandangan Gunung Pulai. Tapi ini bukan lah puncak gunung. Kita kena mendaki lagi lebih kurang 200m untuk sampai ke puncak. 



  • Setelah mendaki selama 1jam 30min sampai lah kami di puncak gunung. Sampai sini jee lah kteorang di benarkan mendaki. Lepas jee ini if korang teruskan jee. korang akan dengar bunyi wisel daripada abang askar itu. Hahaha.






Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini jugak, kteorg kibarkanlah bendara di sini. semangat patriotik tetap tak tinggal. Haha. To all yang nak mendaki, good luck. selamat mendaki yaa. Moga bermanfaat entry kali ini. 










Saturday, August 24, 2019 5 comments


Hi,

I dah lama nak beli toner ini, Jatuh cinta sebab masa dapat birthday kit daripada innisfree dapat toner ini. Try and memang berbaloi sangat. Anyways, sekarang dah habis itu beli bottle besar sekali. Tadaaa. Jom check it out. 


INNISFREE - JEJU VOLCANIC PORE TONER 2X REVIEW


INNISFREE - JEJU VOLCANIC PORE TONER 2X
200ml
Made in Korea 



Okay, macam ini lah rupa bottle dia. Macam biasa lah. 


made in Korea


FULL INGREDIENTS LIST:

Water, Alcohol, Propanediol, Volcanic Ash, Protease, Camellia Leaf Extract, Orchid Extract, Prickly Pear Extract, Tangerine Peel Extract, The green Tea Extract, Sodium Magnesium Silicate, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil Triisostearate, Sodium Lactate, Lactic Acid, Calcium Chloride, Ethylhexylglycerin, Butylene Glycol, Silica, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance [Ingredients] WATER, ALCOHOL, PROPANEDIOL, VOLCANIC ASH, PROTEASE, CAMELLIA JAPONICA LEAF EXTRACT, ORCHID EXTRACT, OPUNTIA COCCINELLIFERA FRUIT EXTRACT, CITRUS UNSHIU PEEL EXTRACT, CAMELLIA SINENSIS LEAF EXTRACT, SODIUM MAGNESIUM SILICATE, PEG-60 HYDROGENATED CASTOR OIL, EDTA, SODIUM LACTATE, LACTIC ACID, SILICA, CALCIUM CHLORIDE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, BUTYLENE GLYCOL, DISODIUM  PHENOXYETHANOL, FRAGRANCE


MY VERDICT:

For me, if korang oily skin or combination skin memang bagus pakai toner ini. Kurang lah muka berminyak. Sesuai dengan name dia pore toner ini memang dia kecilkan pore kita lah. But, before korang guna ini toner ini. shake bottle ini dulu yeee sebab dia ada dua lapisan, so bila shake itu, dia sebati lah kan. hihi. 



Wednesday, August 14, 2019 No comments

Total Pageviews

Followers

About me

About Me


Hi,
my name is Dhia.
A part-time blogger who love's to blog.
Hopefully this blog beneficial for my readers.
Looking forward for any collaborations and reviews.
Kindly email at
mochallate@gmail.com


Follow Us

Labels

BEAUTY HEALTH LIFESTYLE OUTDOOR TIP CANTIK TRAVEL

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2019 (5)
    • ▼  September (2)
      • FIRST EXPERIENCE TRAVEL MENAIKI KTM KULAI - KLUANG
      • UNICORN RUN 2019
    • ►  August (3)

Created with by ThemeXpose