Hi korang,
Last week kan, sebabkan teringin sangat lah nak naik Gunung Pulai, Johor itu kiteorang pon gagahkan diri hiking ke sana. Acah acah nak bakar lemak lah, ye la balance lemak makan lemang rendang daging raya hari itu tak habis lagi kan. Hihi. Lepas itu, sebab nak join SCKLM so kenalah training sikit sikit kang tak larat pulak nnti. Okkay, here we go.
MENDAKI GUNUNG PULAI,JOHOR
Lama dah kteorg plan nak pergi ini tapi asyik tertangguh tangguh jee. Ye lah, kte hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Hihi. Jenguh jugak nak cari info gunung pulai ini.
Nak sampai sini takde lah susah sangat. Korang boleh waze jee Gunung Pulai, Johor. InshaAllah tak sesat. Ketinggian gunung ini 654 meter dari paras laut dan terdapat dua trek untuk ke sana. Satu trek dekat iaitu melalui jalan hutan dan satu lagi trek jauh iaitu melalu jalan tar. Kami pilih nak melalui jalan tar.
Sebelum masuk ke Gunung Pulai ini korang akan jumpa kaunter bayaran masuk. Kiranya bayaran parking lah. If korang datang lambat macam kteorang ini memang siap sedia lah agak jauh jugak kena park. So, next time datang awal lah yee untuk mengelak daripada kena park jauh sangat. Haha. Oh ya. kadar bayarannya seperti ini yaa.
KERETA : RM3
MOTORSIKAL : RM1
BAS/LORI : RM6
Ini entrance masuk sebelum pendakian yee korang. Dulu orang kata pintu tepi itu tutup alhamdullillah masa kami datang terbuka luar macam welcome kteorang. ecece. Mula mendaki itu tak de lah dahsyat sangat. Masih landai. Santai jeee. Disebabkan jalan bertar kan, kita akan selalu berselisih dengan pelbagai peringkat umur daripada yang kecil sampai yang dah uncle uncle pon masih larat lagi tau.
Bila korang dah jumpa di persimpangan ini, maksudnya korang dah 2000m dah ini. Okkay kat sini if korang ke kiri korang akan menuju ke air terjun, if ke kanan korang akan menuju ke puncak.
Kami pon meneruskan pendakian kami. Mostly uncle aunty dekat sini memang peramah, supportive lah and paling best dorang ini memang akan tegur sapa lah dengan kita. Tetapi kan, bukan saja itu jee yang peramah, kat sini pon ade jugak monyet monyet tau. So jangan lah tayang tayang makanan itu kang kene kejar dengan cik monyet. Hahaha.
Okkayy, bila korang dah jumpa selekoh macam ini kan dah boleh senyum jugak lah. Itu tandanya korang dah nak sampai ke puncak kejayaan. Cewah. Sikit lagi jee nak sampai. Akan tetapi, cabaran dia lagi hebat perjalanan dia even jalan tar. Come on. Korang boleh.
Tadaaaa!! Dah sampai pon. Ini lah kawasan permandangan Gunung Pulai. Tapi ini bukan lah puncak gunung. Kita kena mendaki lagi lebih kurang 200m untuk sampai ke puncak.
- Setelah mendaki selama 1jam 30min sampai lah kami di puncak gunung. Sampai sini jee lah kteorang di benarkan mendaki. Lepas jee ini if korang teruskan jee. korang akan dengar bunyi wisel daripada abang askar itu. Hahaha.
Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini jugak, kteorg kibarkanlah bendara di sini. semangat patriotik tetap tak tinggal. Haha. To all yang nak mendaki, good luck. selamat mendaki yaa. Moga bermanfaat entry kali ini.
5 comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYe, memang seronok dan mencabar. Saya pun dah berjaya menawan puncaknya.
ReplyDeleteWahh, hebat
DeleteHari tu masa hari raya haji ada naik dengan my mom. She hike very well💪
ReplyDeleteI went there with my mom, and not gonna lie, its really tired. But, what we gonna expect for newbie macam I. What I really proud lah kan, my mom she 60+ yo and she did it. Achievement unlocked. Oh ya, there's a lot people there and really friendly
ReplyDelete