youtube instagram google facebook twitter
  • Home
  • Health
  • Beauty
  • Life Style
    • Review
    • Outdoor
    • Travel
    • Recipe
  • DIY
  • Disclaimer
  • Sitemap

mochallatte



Holla, 

Okkay, korang perasan tak sekarang ini macam wabak unicorn ini dah menjelajah satu Malaysia dah ini dan tak semena-mena dengan iolls sekali terjebak join running ini. So, bersempena awal muharam, 1 September 2019 yang lepas kami gagahkan diri meredah jem di pagi hari demi menyertai running ini. Wow, dramatik sangat. Hahaha. Actually kan, the only main reason joined this run adalah medal dia cute subhanaAllah. Yee. korang tak percaya. Nahh. cuba tengokk. 



ini medal dia. comel kan?


Asbab kedua nak gathering dengan kawan yang dah lama tak jumpa. geng badminton yang macam dah terkubur itu. hahaha. okkayy. Tiket penyertaan dia amatlah murah dan berpatutun. Disebabkan antara yang terawal dapat lah early bird itu haa. RM28 jee hari itu. Tapi ini 5km jee lah yee. fun run. 



Pada hari kejadian, ya tuhan, memang ramai yaa amat. bayangkan 10,000 runner dekat situ. mau tak padat daripada yang secomel comel tidak pakai tutu itu. ada yg pakai unicorn maskot. pari pari pon ade. ohh yee. Nak bergambar dengan dorang tapi dorang mcm ramai sangat peminat asyik kena serbu. jadi kteorg pon malas lah nak beratur. 



Overall, misi kteorang tercapailah. Running semata nak dapat medal itu. haha. Misi sebenar tengah countdown SCKLM2019 end of this month. Macam tak sabar lah event itu nnti. Ohh yee. before terlupa, korang yang nak duduk area Johor Bahru itu if nak join unicorn run ini pon  boleh. Dorang ada open register dekat Desa Tebrau. Cuma register di jomrun itu. 

more info : https://www.jomrun.com/event/desa-tebrau-unicorn-5km-fun-run

Goodluck guys!!





Wednesday, September 04, 2019 1 comments


Hi korang, 

Last week kan, sebabkan teringin sangat lah nak naik Gunung Pulai, Johor itu kiteorang pon gagahkan diri hiking ke sana. Acah acah nak bakar lemak lah, ye la balance lemak makan lemang rendang daging raya hari itu tak habis lagi kan. Hihi. Lepas itu, sebab nak join SCKLM so kenalah training sikit sikit kang tak larat pulak nnti. Okkay, here we go.


MENDAKI GUNUNG PULAI,JOHOR








Lama dah kteorg plan nak pergi ini tapi asyik tertangguh tangguh jee. Ye lah, kte hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Hihi. Jenguh jugak nak cari info gunung pulai ini. 

Nak sampai sini takde lah susah sangat. Korang boleh waze jee Gunung Pulai, Johor. InshaAllah tak sesat. Ketinggian gunung ini 654 meter dari paras laut dan terdapat dua trek untuk ke sana. Satu trek dekat iaitu melalui jalan hutan dan satu lagi trek jauh iaitu melalu jalan tar. Kami pilih nak melalui jalan tar. 

Sebelum masuk ke Gunung Pulai ini korang akan jumpa kaunter bayaran masuk. Kiranya bayaran parking lah. If korang datang lambat macam kteorang ini memang siap sedia lah agak jauh jugak kena park. So, next time datang awal lah yee untuk mengelak daripada kena park jauh sangat. Haha. Oh ya. kadar bayarannya seperti ini yaa.

KERETA : RM3
MOTORSIKAL : RM1
BAS/LORI : RM6



Ini entrance masuk sebelum pendakian yee korang. Dulu orang kata pintu tepi itu tutup alhamdullillah masa kami datang terbuka luar macam welcome kteorang. ecece. Mula mendaki itu tak de lah dahsyat sangat. Masih landai. Santai jeee. Disebabkan jalan bertar kan, kita akan selalu berselisih dengan pelbagai peringkat umur daripada yang kecil sampai yang dah uncle uncle pon masih larat lagi tau. 




Bila korang dah jumpa di persimpangan ini, maksudnya korang dah 2000m dah ini. Okkay kat sini if korang ke kiri korang akan menuju ke air terjun, if ke kanan korang akan menuju ke puncak. 





Kami pon meneruskan pendakian kami. Mostly uncle aunty dekat sini memang peramah, supportive lah and paling best dorang ini memang akan tegur sapa lah dengan kita. Tetapi kan, bukan saja itu jee yang peramah, kat sini pon ade jugak monyet monyet tau. So jangan lah tayang tayang makanan itu kang kene kejar dengan cik monyet. Hahaha. 




Okkayy, bila korang dah jumpa  selekoh macam ini kan dah boleh senyum jugak lah. Itu tandanya korang dah nak sampai ke puncak kejayaan. Cewah. Sikit lagi jee nak sampai. Akan tetapi, cabaran dia lagi hebat perjalanan dia even jalan tar. Come on. Korang boleh.





Tadaaaa!! Dah sampai pon. Ini lah kawasan permandangan Gunung Pulai. Tapi ini bukan lah puncak gunung. Kita kena mendaki lagi lebih kurang 200m untuk sampai ke puncak. 



  • Setelah mendaki selama 1jam 30min sampai lah kami di puncak gunung. Sampai sini jee lah kteorang di benarkan mendaki. Lepas jee ini if korang teruskan jee. korang akan dengar bunyi wisel daripada abang askar itu. Hahaha.






Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini jugak, kteorg kibarkanlah bendara di sini. semangat patriotik tetap tak tinggal. Haha. To all yang nak mendaki, good luck. selamat mendaki yaa. Moga bermanfaat entry kali ini. 










Saturday, August 24, 2019 5 comments
Older Posts

Total Pageviews

Followers

About me

About Me


Hi,
my name is Dhia.
A part-time blogger who love's to blog.
Hopefully this blog beneficial for my readers.
Looking forward for any collaborations and reviews.
Kindly email at
mochallate@gmail.com


Follow Us

Labels

BEAUTY HEALTH LIFESTYLE OUTDOOR TIP CANTIK TRAVEL

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2019 (5)
    • ▼  September (2)
      • FIRST EXPERIENCE TRAVEL MENAIKI KTM KULAI - KLUANG
      • UNICORN RUN 2019
    • ►  August (3)

Created with by ThemeXpose